SJK© Tanjong Sepat mempunyai sejarah lebih daripada 54 tahun, ia terletak di tengah- tengah sebuah kampung baru di selatan Negeri Selangor.
Sekolah ini dengan permulaanya hanya 300 lebih orang murid dan 12 orang kakitangan serta keadaan bilik darjah yang serba buruk dan usang.Kini sekolah ini merupakan sekolah gred A dengan bilangan murid telah mencapai 992 orang. Kakitangan lebih daripada 56 orang..Muri-muridnya kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina, 6 orang murid Melayu dan 11 orang murid India .Bahasa ibunda mereka ialah Teochew.Bahasa penghantar di sekolah ialah Bahasa Manderin .Sekolah ini dijalankan dalam satu sesi.
Ibubapa dan penjaga murid-murid kebanyakannya bekerja dalam bidang perikanaan dan pertanian seperti nelayan dan penternak.Boleh dikatakan mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sebilangan besar ibubapa dan penjaga juga tidak berapa peka tentang pendidikan anak-anak mereka kerana taraf pelajaran mereka tidak begitu izinkan.
SJK © Tanjong Sepat mempunyai 5 blok bangunan,dengan mengandungi 30 unit bilik darjah.Selain daripada bilik-bilik darjah,sekolah ini mempunyai sebuah dewan ,bilik komputer,perpustakaan ,bilik ABM, bilik Kemahiran Hidup (ubahsuai),makmal Sains,pejabat pentadbiran termasuk pejabat Guru Besar,pejabat penolong kanan ,pejabat kerani, bilik guru, bilik muzik, bilik pemulihan, bilik kesihatan,bilik mesyuarat, bilik peperiksaan, bilik Bimbingan & Kaunseling ,bilik tayang, bilik cetak,bilik stok alatan PJK dan kantin.Sekolah ini juga mempunyai gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton ,dan padang.